eBuletin
 
Promosi Web
Jabatan Pertanian
QR code
Jabatan Pertanian
e-Book Rakan Kebun Anda
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Klinik Pengembangan
Agri-Food Business Development Centre
Agribazaar
 
Renungan

Bulan Hari Raya


Dari Abu Bakrah r.a bahawa Nabi saw. bersabda: Dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadhan dan bulan Zulhijah


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 
LAMAN UTAMA > Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)

Program Taman Kekal Pengeluaran Makananan (TKPM) merupakan satu strategi yang telah dirangka dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta. Ia merupakan zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan dalam negara.

Program ini merupakan jalinan kerjasama di antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga usahawan di mana kerajaan negeri menyediakan tanah kepada para peserta (usahawan) dan digazetkan sebagai projek TKPM dan kerajaan persekutuan akan menyediakan infrastrutur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc. Projek ini menyumbang kepada pengeluaran makanan yang mencukupi, mapan dan berkualiti serta mengurangkan defisit imbangan perdagangan (BOT). Projek yang berteraskan kepada Amalan Pertanian Baik (GAP) ini mensasarkan setiap peserta akan memperoleh pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM 3,000/bulan.

Sebanyak 3 kawasan TKPM sedang dibangunkan di negeri Terengganu iaitu TKPM Serating, Marang, TKPM Rhu Tapai, Setiu dan TKPM Paloh Jenang, Kemaman dengan keseluruhan kawasan berjumlah 832.70 hektar (ha) dengan 40 orang peserta. Tanaman yang diusahakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman kontan.

Tanaman Melon di TKPM Rhu Tapai, Setiu

Tanaman Pitaya di TKPM Serating, Marang

 



 « BACK